Lagenda Bayern Munich kenal pasti pengurus Chelsea Jose Mourinho sebagai pengganti Pep Guardiola
Lothar Matthaus merasakan gergasi Bundesliga ini patut ambil bos Chelsea selepas era Guardiola, menurut Daily Star.
Mourinho |
Guardiola pernah dikaitkan sebagai pengganti Arsene Wenger di Emirates Stadium, walaupun bos dari Perancis ini masih terikat dengan kelab utara London ini sehingga 2017. Walau bagaimanapun, lagenda Barcelona itu masih boleh menyertai Gunners apabila kontrak pengurus mereka berusia 65 tahun itu tamat.
Matthaus berpendapat sama ada Jose Mourinho atau Carlo Ancelotti pengganti sesuai sekiranya bekas pemain Barcelona itu membuat keputusan untuk beredar, dengan kedua-duanya pernah menguruskan kelab berprofil besar sebelum ini.
Jurulatih Germany Joachim Low juga merupakan salah seorang lagi calon yang sesuai.
Matthaus berkata kepada Sport Bild: “Sama seperti Jupp Heynckes dan Louis van Gaal sebelumnya, Pep Guardiola seorang yang berpengaruh. Mereka semua pernah berjaya di negara luar. Tidak ada jurulatih seperti mereka di Bundesliga.”
Dia menambah, “Hanya ada dua jurulatih luar yang sesuai dengan profil Bayern: Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti. Mereka berdua ini patut menjadi sasaran utama sekiranya mereka layak berpindah pada musim panas 2016. Joachim Low juga calon yang hebat sekiranya dia meninggalkan skuad Germany selepas Euro 2016.”
Chef: Bayern ni target nama gempak je
No comments:
Post a Comment