Thursday 15 January 2015

Messi Idam Bermain Satu Pasukan Dengan Ronaldo

Kapten Argentina tidak menolak kemungkinan sepasukan dengan Kapten Portugal


FIFA Ballon d'Or nominees Lionel Messi and Cristiano Ronaldo
Dua pemain hebat
Messi berkata demikian pada acara Ballon d'Or Isnin lepas setelah dikalahkan oleh Ronaldo untuk anugerah terulung malam itu. Bintang Barcelona ini berada di tempat kedua di belakang bintang Real Madrid untuk tahun kedua berturut-turut.
Kedua-dua pemain ini telah memenangi anugerah ini sejak 7 tahun lepas dengan Ronaldo pada 2008, 2013 dan 2014, manakala Messi 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Messi telah ditanya mengenai perkara ini menjelang pada malam sebelum majlis tersebut bermula.
Cristiano Ronaldo hands a microhpone to Lionel Messi
Ada ucapan?
"Saya percaya dia antara pemain terhebat, dan ini susah untuk diatasi," katanya.
"Tapi saya cukup berminat untuk bermain bersama Ronaldo."
"Saya cukup bertuah kerana dapat bermain bersama ramai pemain hebat dan tentunya bagus jika dapat bermain bersama dia."
Ronaldo bersama Ronaldo Jr
Ronaldo pada sesi yang sama turut menyatakan dia ingin menyamai rekod Messi untuk menang anugerah tersebut sebanyak empat kali.
"Ini merupakan detik istimewa, tapi saya tak akan berhenti di sini. Saya nak kejar Messi."
"Ini kali kelapan saya disini. Selalunya ia antara saya, Messi dan seorang lagi."
"Saya rasa saya berhak menang, Messi juga begitu. Semua berhak menang."
Kesebelasan terbaik FIFA

Untuk video, sila klik 
Chef: kejar jangan tak kejar

No comments:

Post a Comment