Sunday 18 January 2015

Taktik Louis Van Gaal Untuk Manchester United

Phil Jones ambil sepakan penjuru - apa lagi inovasi dan taktik yang jurulatih ini inginkan?


Apa coach? Saya ambil corner?
Manchester United mengalahkan QPR 2-0 semalam. Tiga mata dalam genggaman tetapi persembahan kurang meyakinkan. Namun apa yang menarik perhatian adalah salah seorang daripada 3 pertahanan tengah, Phil Jones diarahkan mengambil sepakan sudut. 

Waalaupun ada Wayne Rooney, Angel Di Maria, Juan Mata dan Danny Blind di atas padang, namun Jones yang disuruh ambil sepakan tersebut.
Nampaknya keputusan dan taktik jurulatih ini memang ada maksud tersirat yang dia seorang yang faham. (Ingat kes Falcao?)

Mungkin ini antara inovasi terbaru berdasarkan komen-komen Van Gaal untuk Manchester United kembali digeruni...


David De Gea buat lontaran ke dalam

"Dia ada kelebihan fizikal untuk ini. Walaupun tidak pernah penjaga gol membuat lontaran ke dalam, ini kerana tiada siapa faham bola sepak seperti yang saya faham."
David De Gea of Manchester United in action
Baling jauh sikit

Chris Smalling sepak penalti

"Anda semua tidak faham falsafah saya. Jika ada tahu sedikit, mesti anda yakin pihak lawan dah melihat video ini, dan tiada penjaga gol berani berhadapan penalti Smalling."
Angel Di Maria sebagai pertahanan tengah 
Di Maria
"Kami ada falsafah yang sedang dibangunkan. Apa yang penting ialah anda beritahu saya tentang Andy Carroll dan tandukannya."

Wayne Rooney tidak dibenarkan merembat ke gol kerana akan menyakitkan hati Sir Bobby

"Kami adalah Manchester United. Ini bermakna kami tidaka akan menghancurkan sejarah dengan memecahkan rekod lagenda kami, Wayne faham ini." 
Faham ke?

Phil Jones akan menjadi model utama sebarang sesi fotografi Man United 

"Phil adalah watak utama untuk apa yang kita ingin capai di sini."
Phil Jones' gurning face as Sergio Aguero scores
Tu dia..
Chef : hahahhahahahah

No comments:

Post a Comment