Thursday, 15 January 2015

Ronaldo kembali?

Legenda Brazil, Ronaldo akan beraksi sebagai penyerang untuk kelab Fort Lauderdale Strikers... jika kecergasan mengizinkan

Ronaldo poses with a Fort Lauderdale jersey and Strikers mascot Hot Shot on Wednesday
bersama maskot
Ronaldo berkata jika keadaan fizikalnya bagus, dia akan keluar dari persaraan dan bermain untuk pasukan Divisyen Dua Amerika Utara  Fort Lauderdale Strikers.
Berusia 38 tahun, kali terakhir Ronaldo beraksi secara profesional adalah ketika bersama Corinthians pada 2011.
Ronaldo kini merupakan pemilik minoriti untuk kelab tersebut dan telah mengadakan sidang akhbar mengenai perkara tersebut yang turut dihadiri Datuk Bandar Fort Lauderdale.

Ronaldo is a minority owner of the Strikers and would like to play should they reach the final
"Saya mungkin bermain di final"
Ketika ditanya jika ingin kembali bermain, Ronaldo menjawab," Itu bukan mudah. Memang saya suka bola sepak kerana itulah 'hidup' saya. Bila saya bersara, saya terpaksa berhenti bermain kerana badan saya sudah tidak tahan dengan banyak kecederaan dan kesakitan."
"Untuk bermain semula, fizikal anda perlu berada dalam keadaan terbaik. Saya boleh cuba, ia satu cabaran untuk saya tetapi ia akan membantu liga ini dan juga pasukan."
"Saya akan berlatih", kata Ronaldo sambil tersenyum, "jika jurulatih perlukan saya, mungkin".

The Brazilian superstar has not played since turning out for Corinthians in 2011
Ketika bersama Corinthians 2011
Ronaldo pernah bermain untuk PSV Eindhoven, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan di Eropah, memenangi Piala Dunia dengan Brazil pada 2002, dengan menjaringkan 2 gol mengalahkan Jerman 2-0 pada perlawanan akhir. 

Ronaldo was part of the Real Madrid Galacticos side that included Zinedine Zidane and Luis Figo (right) 
Bersama Galacticos di Real Madrid
The 38-year-old scored two goals as Brazil beat Germany in the 2002 World Cup final
Meraikan gol di Final 2002
Chef: Legend!!


No comments:

Post a Comment